Sistem Pencernaan Membantu dalam proses pencernaan yang akan membolehkan tubuh
anda menghadam segala khasiat dari makanan dan membuang toksin dari
badan dengan lebih baik. Ini akan membuang semua masalah yang berpunca
akibat pengumpulan toksin dalam tubuh.
Sistem Imunisasi dan Kekebalan Tubuh
Tubuh anda akan lebih kebal dari penyakit kerana Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat antivirus dan antibakteria yang kuat.
Masalah Jantung
Jantung anda akan lebih sihat dan kuat kerana kandungan asid laurik yang
terkandung di dalamnya membantu mencegah masalah jantung dengan cara
menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi. Ia juga
mengurangkan kecederaan arteri dan mencegah aterosklerosis.
Kencing Manis dan Diabetes
Kandungan gula dalam darah anda akan lebih terkawal dan penghasilan
insulin tubuh anda juga akan lebih bersesuaian. Ini akan mencegah dan
mengubati kencing manis dan diabetes
Resdung
Masalah resdung anda akan lebih terkawal dan sembuh kerana sifat
antivirus, antibakteria, antikulat dan antiprotozoa yang akan membasmi
kuman penyebab resdung.
Tiroid
Masalah hipertiroidisme dan hipotiroidisme akan dipulihkan kerana Minyak
Kelapa Dara merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat
antiseptik.
Mencegah Masalah Hati
Bebanan tugas pada hati anda akan berkurangan kerana ia mencegak
pengumpulan lemak dan Minyak Kelapa Dara adalahg zat tenaga yang mudah
diubah.
Berat Badan
Kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat dan ini akan secara tidak
langsung menurunkan berat badan anda pada tahap yang bersesuaian.
Untuk Tulang
Tubuh anda akan mempunyai kebolehan menyerap kalsium dan magnesium dengan lebih baik.
Untuk Gigi
Gigi akan menjadi lebih sihat dan kuat.
Untuk Kesihatan Keseluruhan
Anda akan lebih sihat dan mampu sembuh dari pelbagai penyakit kerana
Minyak Kelapa Dara memberi kebaikan dan kesembuhan dalaman dan luaran.
Jadi dengan pengamalan Minyak Kelapa Dara secara berterusan, kesihatan
tubuh anda anda akan berada pada tahap terbaik (optimum).
No comments:
Post a Comment