Tuesday, April 20, 2010

MINYAK WANGI




Adam, Hawa, Yusuf & Zulaikha, 4 nama agung dalam sejarah Islam.
Nama-nama ini diambil sebagai nama untuk Set minyak wangi terbaru
keluaran Imtiyaaz Aroma Resources. Minyak wangi ini terbahagi kepada 3
set iaitu Set ADAM utk lelaki, Set HAWA untuk wanita dan Set YUSUF
& ZULAIKHA adalah campuran untuk lelaki dan wanita. Setiap set
mengandungi 4 botol ‘Roll On’ dan setiap satunya mengandungi haruman
yang berbeza dan yang terpilih.
Bauan di dalam setiap set juga adalah yg terpilih dan semua bauan
ini merupakan inspirasi dari bauan antarabangsa tetapi diberi nafas
baru dengan nama-nama tokoh dalam Islam seperti Ibn Sina, Ibn Khaldun,
Ibn Rusyd, Ibn Taimiyah, Ar-Razi, Al-Ghazali. Bagi wanita pula
nama-nama yang terpilih ialah Balqis, Sumaiyah, Adawiyah, Asiah,
Mashitah, dan Maryam. Pemilihan nama-nama ini adalah berdasarkan
sumbangan mereka dalam tamadun dan sejarah Islam dan hasrat kami adalah
untuk memberi peringatan kepada generasi baru tentang perjuangan mereka
kepada Islam supaya tidak dilupai dan juga sebagai sumber inspirasi
kepada umat Islam dan juga si pemakainya.
Minyak wangi ini juga adalah bebas dari segala unsur binatang, tidak
melekit dan tidak berminyak apabila dipakai, tanpa alkohol dan boleh
digunakan semasa bersolat. Bauannya tahan 8-10 jam jika dipakai di
badan dan tahan sepanjang hari jika dipakai pada baju.

Harga minyak wangi ini hanya
RM 24.00

0 comments:

Post a Comment